Wednesday, January 28, 2009

KITA MEMANG TIDAK PERNAH KETEMU TP KITA MUNGKIN SALING MEMAHAMI



Bak kata si Martin Gore di dalam lagu mahakaryanya 'Somebody'...

I want somebody to share
Share the rest of my life
Share my innermost thoughts
Know my intimate details
Someone who'll stand by my side
And give me support
And in return
He'll get my support
He will listen to me When I want to speak
About the world we live in And life in general
Though my views may be wrong
They may even be perverted
He'll hear me out
And won't easily be converted
To my way of thinking
In fact he'll often disagree
But at the end of it all
he will understand me
Aaaahhhhh....

I want somebody
who cares For me
passionately With every thought andWith every breath
Someone who'll help me see things
In a different light
All the things I detest
I will almost like
I don't want to be tied
To anyone's strings
I'm carefully trying to steer clear of Those things
But when I'm asleep
I want somebody
Who will put their arms around me And kiss me tenderly
Though things like this
Make me sick
In a case like this
I'll get away with it...


-Dont wori En SS..i'll be ok-

SEDIKIT AZAM BARU

Setelah menikimati cuti hujung minggu yang agak panjang (Raya Cina), aku kembali bekerja hari ini. Masih di dalam mood yg hmm ok santai, sebab ramai lagi yang masih bercuti, walaupun sebenarnya kerja melambak.Jadi di hujung minggu yang lalu, macam-macam berlaku. Sebenarnya macam-macam telah berlaku di dalam minggu minggu kebelakangan ini. Dari yang tidak disangka-sangka ke yang tidak disangka-sangka langsung.Cth macam aku menjejakkan kaki buat pertama kali melayan pub club malam sambil2 lenggok2 kan badan yg tak berapa menarik mengikut senggolan “Hips don’t lie”..aku?? Owh tidakkk..

Ok walupun tahun baru sudah pun 28 hari bermula. Tp aku tak rasa agak terlambat untuk memulakan penulisan karya blog pertama aku. Jadi apa kata aku mulakan Coretan pertama ini dengan berkongsi serba sedikit Azam tahun Baru Aku bagi sesi 2009.!!


1. Kawalan Ketat Buku Perbelanjaan Harian.
Manusia.. siapa saja yang tak suka berbelanja (bukan belanja ok) apatah lagi orang yang bekerja lagi-lagi bila sampai cukup bulan bil tak settle2 lagi tp peruntukan untuk keluar shopping dah dalam senarai keutamaan dulu!.

Contoh mcm “Ms Sally” yang aku labelkan sebagai Secretary Tua kat office aku ni, tp suka dibelai oleh laki2 muda ketika blow rambut disalon kecantikan dekat Ampang Park ..pendedahan benar nih (ehem aku sure keje2 blowjob pun dia takkan tolak)
Menurut cerita beliau lagi tiap2 bulan separuh duit akan dihabiskan untuk beli nombor ekor (Cerita Lain).

Ok..Aku pun termasuk di dalam golongan yang suka berbelanja juga. Tahun ini aku harap aku boleh kurangkan beban ini dengan tidak lagi rajin bertandang ke Gedung2 KLCC atau OU malah aku rasa sudah tiba masanya untuk aku mendekatkan diri dengan ke pusat2 Jualan murah yg agak “untung orang ramai” contoh macam KAMDAR dekat Jalan TAR atau pun pasaraya UO dekat Chow Kit.


*owh dulu Chow kit ada pasaraya BatuRoad dan Hankiu Jaya..kemanakah?

2. Sikap Keterbukaan Yang Lebih Berhari Hati
Kita bukannya muda selama-lamanya pun. Aku banyak membazir masa dahulu dengan pilihan-pilihan hidup yang akhirnya merugikan, dan mungkin juga hari ini seseorang yg aku rasakan pilihan tepat untuk berkongsi hidup tetapi akhirnya aku memilih untuk “hanya kawan”... lagipun memang itu adalah apa yg dipinta oleh si dia. Jadi sekarang sudah sampai masa aku tuntut balik apa jua hak aku. Contoh aku punyai hak untuk tidak mengenali orang lain selain dr urusan kerja!! Maklumlah aku pernah muda dan bodoh ketika membuat pilihan-pilihan hidup dahulu (yang akhirnya membebankan). Tetapi aku pasti kita semua tidak akan belajar jika hidup kita tidak pernah membuat kesilapan, bukan?

3. Baca Lebih Banyak Buku Dan Tambah Ilmu.
Aku dah tak larat lagi nak membaca. Tp macam selalu aku cakap hidup tanpa buku ibarat hidup tanpa Bf..(Ehem fatwa sendri nih) Jadi tahun ini aku rasa rujukan bacaan aku akan lebih meluas dan mungkin juga aku akan sedaya upaya untuk berjaga pada lewat2 malam mengikuti saluran "555 History Astro" (Memang aku tak dapat lupa tentang dokumentari kisah bumi pada zaman ais yang berlaku di Seluruh Grand Canyon dan Kisah mengenai Piramid Unggul yang hilang di Mesir.. Memang teruja sgt cerita2 mcm tu! Owh penah dgr cerita tentang Count Dracula? yg membunuh 27000 askar2 turki kemudiaan dipotong hidung2 askar tersebut dan diletakkan di dalam guni... Huish mesti aku sorang je yg layan dokumentari pasal cerita2 sebegini.
Ok ok Mungkin juga aku akan mengangkat buku yang sebenarnya sudah lama aku patut baca.
Macam tafsiran Al-Quran. (Puas hati sekarang)

4. Jadi Usahawan Unggul.
Siapa yang tiada cita-cita begini? Cerita sikit. Tahun ini memang ada cerita best untuk dikongsikan bersama…watch out world!

5. Lebih Menyayangi Mereka Yang Patut Disayangi.
Keluarga dan kawan2 yg aku miliki, Tahun ni memang rutin kehidupan aku adalah untuk menghargai mereka2 yg sama2 yg pernah berdiri jatuh bangun dan kemudian merangkak bersama (Ehem bukan Poco Poco cerita Bella ok) 2 tahun lepas keabaadian hidup aku dicurahkan untuk si dia yg akhirnya meninggalkan aku dgn penuh tragis sekali (sila dgr Sadis nyanyian Afgan) sehinggakan aku langsung tak punya masa untuk dikongsikan bersama meraka2 yang selama ini sentiasa dekat padaku~
1.Masuk club atas permintaan kawan (ok dah)
2.Layan Karaoke sampai tertinggal locked steering kereta (ok dah)
3.Pameran kucing?? (ok dah)
4.Trip ke Pd (ok aku join hujung bulan ni can’t wait!)
5.Owh tak lupe juga buat “Miss Coco” n “Cik Anna” atas dasar perjanjian barter pada hujung atau tiap2 awal bulan menonton wayang ..huh aku rindukan kamu setiap hari!!

Ok.Tahun ni juga aku cuba untuk membuka pintu hati untuk seseorang (mungkin akan mengambil masa yg lama) tapi untuk mengenali seseorang bukannya mudah, berbeza dgn tahun2 dungu yang lain tahun ni aku akan hanya berkenalan dgn “mereka mereka” yang berpotensi sahaja tp proses bukan mudah mungkin juga aku akan bertindak zalim dgn mereject mereka sebaik sahaja tamat pertemuan pertama. Sori tiada lagi soalan Tanya khabar selepas itu.. Jd hati2 ya bila keluar date nanti.(Ehem mcm bagus~) kehkehekeh

Huh mcm mane bleh terkeluar lagu kau kunci cintaku dlm hatimu – Ramlah Ram time karoke semalam hurmmm pelik sungguh~

6. Memaafkan Mereka Yang Tidak Patut Dimaafkan.
Ini lagi sukar. Sepanjang perjalanan ini, lembah dan lurah aku lewati. Ramai orang yang telah sakitkan hati aku, tetapi realitinya mungkin aku yang membenarkan mereka berbuat demikian. Walaupun adakalanya perbuatan mereka memang tidak patut dimaafkan (lihat alasan No. 2), tetapi aku rasa aku patut teruskan kehidupan aku tanpa perasaan berdendam. (Walaupun naluri aku memang naluri berdendam pun tp sudah termaktub di bintang-bintang Libra si zodiak yg seimbang dan adil). Berusahalah~ (sambil berdiri atas kerusi!)

7. Mesra Alam Sekitar
Consider Environment + Going Green & Living Clean kalau dulu aku seorang yg mengamal konsep kitar semula jd tahun ini aku akan pastikan seluruh keluarga akan mengamal konsep cara hidup yang sama (Owh dah mcm Karangan Tingkatan 5 mesti bangga Cikgu BM aku nih)!

8. Berjimat Sambil Membazir.
Aku ingin mula menyimpan wang. Pada masa yang sama aku ingin mula mengumpul harta. Terutamanya harta-harta yang berat lebih dari 20kg, dan harta-harta yang mempunyai komposisi mekanikal padat yang lebih kompleks. Tetapi semua dengan tunai. Harap-harap dapat ditunaikan tahun ini. Aku pasti boleh.

9. Keluar Dari Rutin 2007-2008.
Aku rasa tahun ini aku mungkin dapat berkembang (secara peribadi) kepada satu fasa dan tahap yang lebih tinggi dalam hidup aku. Dalam 2 tahun ini tidak banyak perkembangan peribadi yang boleh dibanggakan, tetapi aku sedar bermula tahun ini banyak peluang telah dilontarkan ke arah aku, cuma sama ada aku benar-benar ingin menggunakan peluang yang diberikan atau pun tidak. Dan disebabkan aku tidak mempunyai sifat 'Asal Boleh' atau 'Cukup Makan' aku rasa aku punyai cukup dorongan untuk keluar dari rutin dan kebiasaan hidup aku selama 2 tahun ini. Mcm dulu aku suka sgt tgk cerita2 thriller or psycho contoh mcm the hill have eye or Willard (Kisah bercakap dgn tikus) or P2 or Quarantine yg sedikit aku tidak puas hati kerana pada akhirnya semua Hero & Heroin dan Seluruh penduduk mati dalam satu hari (aku bukan penakut cuma hari itu aku tutup mata sebab masuk habuk)
Jadi tahun ni aku akan pastikan untuk lebih melayan komedi cinta2 ringan dan lebih realistik contoh "I Do But I Dont" lakonan Denise Richard & Dean Cain or "Pizza My Heart" or "Holiday in Handcuff".

Sekadar pendapat untuk dikonsikan bersama. Tahun ini akan muncul filem “Dragon Ball Evolution” yg aku sedar hari itu Chow Yun Fat salah seorang pelakon yg akan beraksi dlm ceritu itu.. Persoalan nya sekiranye ketujuh tujuh biji mutiara naga disatukan apakah 3 hajat pertama kamu? (Ehem aku?)..
1. Punyai kuasa watak superhero Davin Rice lakonan Hayden Christensen dlm filem

“Jumper” arahan Doug Liman.
2. Hidup tak ditipu lagi dalam persoalan cinta (Ehem jiwang sekali sekala tidak salah bukan?)
3. Tambah 3 lagi hajat..(Mcm ni Sampai bila nak habis hehehe~)