Wednesday, March 11, 2009

Si Jejaka 13 Yang Muda Hijau dan Zuhud



Dia berumur 13 tahun, gadis yang melahirkan bayi itu berumur 15 tahun.
Baru akil baligh, sudah jadi bapa.

Mari flashback di waktu usia 13 tahun dahulu.
Mentah dan hijau. Tak tahu pun porno itu apa.


Musik
Merupakan pengaruh terbesar dalam hidup aku. Zaman-zaman kegemilangan Sarah McLachlan, R. Kelly dengan lagu "I Believe I Can Fly, Trisha Yearwood, Celine Dion dengan lagu titanic nya, Santana, TLC, BsB, Nsync, Chirstina Aquilera, Eminem, Shania Twain, whitney Houstan, Kak Mimi dan semestinya Britney Spears. Dompet "bodo" Alien Workshop, Key jadi trend, seluar silver baggy dan baju Fubu, minyak rambut hijau tancho, Sangat-sangat in-thing.
(Nasib baik ada carta RIM kat NTV7 dulu..kalau tak memang tak tau apa)


Teman-teman
Tahun ni tahun pertama aku pindah ke kepong. Kawan pun tak ramai.Masih bendul dengan bahasa pengganti diri "saya dan awak". Belum pernah kena tikam belakang. Pilihan tidak banyak.Kawan pertama yang aku kenal tahun ni ialah Pooganesha@pooga seorang pelajar india yang datang sekolah naik basikal orang tua (budak2 selalu kutuk pooga "fuyoo bawak basikal awie (Filem sembilu waktu awie muda2), lepas tu aku kenal Nishaleeni@nisha, Tarmizi@mizi, Nizam perut, dan Syaril gemuk dengan mereka lah aku bergaul. Dulu belum pandai mahu pilih-pilih bulu macam sekarang.
(Maaf aku tetap tak suka makan di kedai mamak...sori yeah)


Cinta Monyet
First couple aku?... Maaf tiada di dalam rekod. Aku masih muda, hijau, zuhud dan naif bukan..?


Keluarga
Hah yang ini paling genting sepanjang sejarah hidup aku. Orang Tua Keluar bekerja. Abang2 dan kakak di asrama penuh. Adik2 masih tadika, aku kena bangun seawal 5 pagi sebab orang tua keluar berkerja. Dulu kepong dan Subang Jaya, perjalanan memang jauh cukup. Jadi aku kena amik alih semua tanggungjawab macam, nak siapkan adik2 yang kena sekolah tadika sesi pagi... Semak jadual sekolah dorang, jaga makan minum dorang, menunggu bas sekolah yang boleh tahan jugak la pukul 5.30pagi dah terpacak dgn bunyi hon amik budak2 sekolah dibawah pokok rumah. Kemudian aku kena settle kan semua kerja2 dirumah sebab taknak tengok ibu penat bila balik rumah nanti..
Hidup jangan cakap la, aku dah memang tak ubah macam Nirmala Bonat.. Tekanan melampau kuat.
Kengkadang aku rasa tak larat , rasa nak pitam, yeah..Feel Like Falling! dgn kena sekolah sesi petang lagi, homework sekolah lagi...
Tahun ni aku nak sangat pergi "tuisyen" tp tak mampu sebab zaman ni hidup dalam kesan ekonomi global. Selang beberapa bulan tu ayah aku pulak diberhentikan kerja.. Selama 2 bulan ibu tanggung keluarga sorang2.. Ada suatu malam yang aku masih ingat. Ibu cakap memang tak cukup duit belanja jd aku pun masuk kat dalam bilik dan pecahkan tabung belimbing yang aku simpan dari awal tahun tu.Dlm tu ada la dekat 67 ringgit..Aku kasi semua duit kat ibu sebab malam tu adik2 dah kelaparan. Dapur gas lama pulak buat hal.. Aku keluar naik basikal gear, beli dapur zink yg berharga 25 ringgit tu, baki duit tu aku beli beras, telur dan kicap buat tahan minggu tu.
Tp alhamdulillah..tak pulak aku tersasar ikut jejak kawan2 merempit, merokok, ponteng sekolah, main gitar..
(Ibu...kite sayang Iboooo!!)


Pelajaran
Tak pernahnya aku datang sekolah sebab nak belajar. Datang, mesti sebab nak main-main, mesti sebab nak gila mencarut, nak bergurau sama teman-teman (boleh jadi la sebab aku rasa tensi waktu tu). Masa ni jangan kata nak rancang masa depan, bayang pun masih kabur. Pergi sekolah balik sekolah angkut beg berat2,tp kosong je otak. Kalau belajar benda benda biru tu, laju je. siap pinjam koleksi vcd haram lagi(Maksud aku cetak rompak ok).


artikel dicilok dan diolah dari ahli jiwa. Tq Sayang