Friday, February 13, 2009

Hadiah Dari Hati - #1

aku tak sambut Valentine's tapi macam yang pernah aku katakan, hargai kawan2.

Jadi hari ini aku dinner dengan Miss Coco dan En Charmed.
Maaf..En Charmed tak dapat kepit aku. Ms Coco ditengah.
Ms Ann (si waitress restaurant memang peramah)

aku plan untuk movie lepas ni. Tp ms coco risau budget balik lambat terlepas train. Aku serba salah.
"Sex Bomb" pemberian Ms Coco tanda tak pernah lupa diingatan dan hadiah tak seberapa dari aku, harap Ms Coco "buat impian" sebelum tiap kali tidur.
Putus cinta memang perit..Boleh jadi seseorang terlalu ikutkan perasaan tp bukti manusia itu berperasaan.

xoxo

-Fadzlicious-

Wednesday, February 11, 2009

..Aku Bukan Seorang Superstitious dan Religious Apatah Lagi..

Semalam aku termiss cerita ugly betty (reflection diri aku satu ketika masa dulu) dan kemudian aku sempat juga menonton Desperate Housewife di 8tv (itu pun 15 minit babak2 akhir) memang aku agak lambat pick up kerana plot cerita tu dah banyak berubah. Mcm episod lama “Gaby dah disahkan tak boleh mengandung oleh doktor!! tp semalam dr mana pulak datangnya kelibat budak perempuan yang gemuk tu”? Owh jem otak kejap.


Apa apa pun lately jadual mingguan aku dah tak macam dulu lagi. Sebab sekarang malam2 aku dah diisi dgn slot2 cerita2 sebegini. Owh mungkin spoilt sedikit Laa untuk malam2 jumaat aku. Sebab dulu aku mesti balik awal hari khamis sebab nak menonton kelibat Tok Dalik dan Bok Miah dlm slot Teleseram “Puaka Niang Rapik” di TV3. Jadi kira sekarang malam khamis aku dah tak seram lagi laaaa…


Apa apa pun aku ada sedikit persoalan selepas menonton drama arahan ahmad idham tu. Maksud aku zaman tu orang kampung memang teruja bagai dgn amalan amalan dukun atau bomoh ni. Mcm la tak boleh keluar Bandar cari doktor kan?

  1. Kenapa la kan masa nak merawat pesakit, Tok Dalik selalu suruh penduduk kampung baring atas tikar atau dekat lantai kayu rumah? Bok Miah pulak tak habis2 reneh akar kayu. Padahal kalu pergi klinik atau hospital doktor takkan sesekali pun suruh pesakit baring atas simen tp mesti suruh baring atas katil. Lepas tu kan Pembantu Bomoh mesti jin atau mambang2 mabuk yg minum toddy. Tp kalau pembantu doktor semestinya nurse atau kakak2 misi yang mcm dah dapat baca muka pesakit “budak ni nak MC ni”. Kan?

  2. Memang bernafsu sedikit tengok doktor2 yang berpakaian smart “kot” putih sepanjang masa, ada la sekali pakej dengan statescope yang pasang kat telinga tuh sambil duduk kat kerusi. Pergh tak tahan… dan pesakit pun kadang2 boleh siap demand nak doktor yg mana satu. Tp kalau Tok Bomoh, balik balik mesti kelibat org melayu yang lingkungan dah beratus tahun abad punya “simpanan” yang kalau perempuannya mesti ikat sanggul (aku tak pernah tengok bomoh perempuan rambut pendek, maksud aku, korang pernah tengok kelibat “mak esah” ber “short” hair Grammy pendek ala Rihanna??) dan kalau yang lelaki nye dah boleh agak la mesti pakai seluar cerut atau kain pelikat yang kadang kala tu tak pakai baju pun memang tak kisah sambil sambil duduk bersila mesti kena “mandrem” pakai air atau pakai asap kemeyan.

  3. Tiap kali lepas aku buat ortho check, Doktor mesti kasi aku sekurang kurang nya tempoh 3 – 6 bulan untuk sekali janji temu (itu baru appointment Dr gigi). Kira nak kena book appointment dulu la pastu nak kena ikut jadual doktor yang kengkadang shift tak tentu masa. Tp no hal pulak nak jumpa bomoh. Anytime boleh apatah lagi tengah2 malam memang lagi galak laa dorang “beroperasi”. Sepanjang aku hidup memang tak pernah pulak aku dengar bomoh nak kena punch out atau notis sebab masuk lambat pelbagai.

  4. Aku bukan seorang yang "Superstitious dan Religious Apatah Lagi".. dan dalam masa yang sama aku tidak menolak untuk mempercayai unsur2 ala "seekers" ni. Mungkin sesetengah daripada “orang2 kita” yang merasakan masalah seperti sesak nafas semasa tidur berpunca daripada posisi cara tidur yang tak betul maka aliran darah pun boleh jadi tak betul. Kes lain mcm sukar buang air kencing atas masalah buah pinggang atau sakit kepala sebab kes hipertensi yang kritikal (boleh jadi la Doktor Ismadi ada cakap macam tu). Tp aku sumpah memang tak pernah dengar skrip direktor film Seram/Psycho Hollywood mcm “M. Night Shyamalan” melalui karya "OSCARnya" “The Sixth Sense” menulis, kesukaran bernafas sewaktu tidur kerana dek ditindih hantu semasa tidur atau Tersampuk sebab kencing merata sebab tak mintak izin penunggu atau sakit kepala sebab terkena ludah pontianak atau kencing langsuir. (sumpah memang aku tak pernah.)

  5. Belum pernah aku tengok mana2 budak2 “dispatch” yang ponteng atau tak datang kerja, esok masuk office bawak surat MC dari Tok bomoh. Maksud aku kalau bil perubatan di hospital boleh jadi kencang…RM200 ringgit atau lebih atau kurang (bergantung pada kes dan ubat) atau mungkin juga surat MC pun dlm RM30 ringgit, Tp kira bayaran tok bomoh ni selalu seikhlas dan takat yang mampu je kan? Koman koman telur ayam kampung pun dah lebih dari cukup. Patut la profession sebagai bomoh ni memang takkan mencapai tahap boleh drive BMW keliling kampung.

  6. Setakat pemerhatian aku la mana mana pelakon berkaliber pun yang pernah menyandang galas watak sebagai seorang “Doktor” masih belum berjaya meraih Anugerah Academy. Tp watak “Oda Mae Brown” sebagai seorang "Pawang palsu" lakonan Whoopi Goldberg dalam filem “Ghost” arahan Jerry Jucker tahun 1990 itu berjaya membawa pulang anugerah Academy 1991. (Aku tengah terpikir kenapa kalau berlakon watak “pontianak” di Hollywood tak membolehkan seseorang pelakon tercalon untuk OSCAR dalam kategori “pelakon wanita terbaik? Contoh mcm Kate Beckinsale untuk filem Underworld” tapi Mengapa dalam industri perfileman “org2 kita” Macam Dato’ Maria Menado atau Noorkumalasari atau Maya Karin dalam “Pontianak Harum Sundal Malam” siap orang “seni” kasi pengiktirafan pelbagai). Melampau laaaaaaa

xoxo

-Fadzlicious-