Wednesday, June 24, 2009

KERANA AKU LELAKI YANG SEDANG GEMBIRA

Maaflah. Aku sibuk sekarang. Bila ada idea, tak ada masa. Bila ada masa, tak ada idea.

Aku gembira dengan perkara 2 tahun lepas.
Aku gembira ternampak senyuman Anak si Nazir buat pertama kali.
Aku gembira dapat berjalan di atas dunia.
Aku gembira untuk jatuh cinta. Walaupun bukan dengan manusia.

Aku gembira untuk orang. Aku gembira untuk kakak aku yang bakal menimang cahaya mata pertama, aku gembira untuk Azmi yang bakal bernikah hujung tahun ini. Aku gembira dengar bob bila sudah punya awek sabahan sendiri. Aku gembira tengok botak yang bercita cita nak jadi polis. Aku gembira bila adik-adik aku baik-baik saja.

Aku gembira untuk semua pahit. Aku gembira kalau kau kawan dengan aku sebab ada sebab dan lepas kau dah buat benda bodoh untuk sesuatu yang aku tak boleh terima lepas kau kawan dengan aku, lepas tu kau decide aku ni macam saiko sebenarnya, aku tak kisah, kau boleh berambus.

Dan yang penting Aku gembira untuk setiap ujian yang diberi oleh DIA

1 comment: