Saturday, June 27, 2009

Something you should know about Don't Know Why Lyrics

Aku sekarang sedang sakit agak teruk dan dipaksa oleh mak limah untuk berehat di rumah. mak limah sedang menjaga aku dengan rapi sekali. Dia memaksa aku makan ubat-ubat yang rasa macam jahanam sebab dia kata "Ubat yang rasa macam jahanam adalah ubat yang terbaik."

Aku rasa mak limah tipu.. Sebab apabila aku browse intenet, result menunjukkan bahawa the best medicine ialah laughter dan bukan ubat yang rasa macam jahanam.

Maka semalam sedang sedap sedap enak tidur.. Busta Rhymes dan Mariah Carey telah mengejutkan aku awal pagi tu.. "Eh msg dari En Karl"..bisik dalam hati sambil mata teraba raba mencari spek.. "What a sad day, Michael Jackson dah meninggal dunia"…

Saiko gila.. sampai sekarang aku tertanya tanya motif disebalik kejadian sms itu dihantar pada pagi yang memang sesuai untuk sambung tidur. Aku pandang dinding dan terpikir.. pandang dan terpikir lagi tanpa ada gangguan bunyi cengkerik.

Sebab Micheal Jackson tak pernah pun mempengaruhi hidup aku sejak dari kecil. Ok mungkin, mungkin se “dose” dua, waktu aku browse youtube tengok Micheal Jackson berduet dengan Britney Spears dalam lagu "The Way You Make Me Feel"... itupun sebab nak tengok Britney. Bukan tengok Micheal Jackson pun.

Aku tak minat Micheal Jackson sejak "Lan pet pet" menang tempat ketiga dalam Sinaran Pasport kegemilangan sekitar tahun 90’an dulu. Lagipun dah Perdana Menteri suruh kita utamakan Produk tempatan.

Jadi aku biarkan kan sms En karl tanpa balasan awal pagi tu.. sampai ofis baru arr aku dapat ilham nak reply, kira nampak jugak la yang aku concern dgn usaha En karl yang bersusah payah menghantar sms berkadar 10 sen tu.

"Hm..is he leaving us in islam"? lepas tu aku tekan butang send dan sms itu tidak dibalas sampai ke hari ini.

Esoknya, petang..

Setelah toleh ke kiri, pandang cermin berlakang, masuk gear satu dan picit 2 ringgit minyak seterusnya cilok line kiri depan Prescott inn dan pusing ikut kampung baru. Kitorang lalu tepi UNIKL tempat anak si Nazir kerja.

Tung tung tung (satu tempo piano) tung tung tung tung tung(satu tempo piano lagi) aaa ni la.. ni la cover version "Unplugged" Norah Jones. Aku tak ingat tapi boleh jadi arr yang aku lupa nak keluarkan disk time melawat Emak si mak limah yang sakit akibat doktor yang tersalah suntik ubat kat kajang 3 minggu lepas..

Lagu ni mula mula aku dengar time break up dengan anak si Nazir 2 tahun lepas. Dan hari ni aku layan blues lagi dalam perjalanan menuju ke kediaman syurga di kepong. Aku terbayangkan anak si Nazir lagi...

I waited 'til I saw the sun
I don't know why I didn't come
I left you by the house of fun
I don't know why I didn't come
I don't know why I didn't come

When I saw the break of day
I wished that I could fly away
Instead of kneeling in the sand
Catching teardrops in my hand

My heart is drenched in wine
But you'll be on my mind
Forever

Out across the endless sea
I would die in ecstasy
But I'll be a bag of bones
Driving down the road along

My heart is drenched in wine
But you'll be on my mind
Forever

Something has to make you run
I don't know why I didn't come
I feel as empty as a drum
I don't know why I didn't come
I don't know why I didn't come
I don't know why I didn't come


Aku layan feel..Aku macam dah kena bius kat sit sebelah pilot time balik dari makan nasik beriyani area Jalan Tar petang tuh, simile aku macam budak sekolah rendah yang tak minum milo sebelum acara lari pecut time hari sukan sekolah dulu dulu.

Petang tu, aku berdosa dan memang tak cool langsung nak melayan soalan mak limah yang sedang duduk di tempat duduk penumpang belakang..sebab mak limah dah potong stim aku petang tu bila mana dia bertanyakan soalan yang menyamakan aku dengan peserta peserta rancangan "Are You Smarter Than A Fifth Grade"?


"malam ni cerita nyanyi nyanyi "Ohh La La" kat TV 9, kan"???










Hishh...

No comments:

Post a Comment